SELALU WE TAKE FOR GRANTED: LAUNGAN AZAN
Menakjubkan bunyinya, tetapi bertuah bagi umat Islam seluruh dunia, perkara ini adalah satu kenyataan.Cuba perhatikan peta dunia dan anda dapati Indonesia berada di sebelah timur dunia. Bandar-bandar utamanya terdiri daripada Jawa, Sumatra, Borneo dan Saibil.
Sebaik sahaja fajar menjelma di bahagian timur Saibil (lebih kurang 5.30 am Malaysia), Azan Subuh bermula.dan ribuan bilal di Indonesia melaungkan azan. Proses ini berterusan ke barat Indonesia. Sejam setengah selepas azan pertama di Saibil selesai, azan mula berkumandang di Jakarta, Sumatra dan seterusnya dan sebelum proses laungan azan di Indonesia berakhir, ia telah pun bermula di Malaysia. Burma adalah seterusnya dalam laluan tersebut. Dan dalam tempoh sejam selepas bermula di Jakarta, azan telah mula kedengaran di Daka, ibu Negara Bangladesh.
Setelah Bangladesh, azan telah pun bermula kedengaran di bahagian barat India, dari Calcutta hingga Srinagar… Ia melewati Bombay dan keseluruhan bumi India kedengaran laungan mulia ini. Srinagar dan Sialkot(sebuah Bandar di utara Pakistan) memiliki persamaan masuk waktu azan. Beza masa antara Sialkot, Quetta dan Karachi ialah 40 minit, dan dalam tempoh ini, azan Subuh telah kedengaran di seluruh pelusuk Pakistan.
Sebelum azan habis dilaungkan di kawasan ini, ia telah bermula di Afghanistan dan Muskat…beza masa antara Muskat dan Baghdad ialah satu jam. Azan dilaungkan dalam tempoh beza ini di kawasan Hijjaz-e-Muqaddas(Tanah Suci Mekah dan Madinah), Yaman, UAE, Kuwait dan Iraq.
Beza masa antara Baghdad dan Alexandria di Mesir ialah satu jam. Azan berterusan berbunyi di Syria, Mesir, Somalia dan Sudan dalam tempoh ini. Beza masa antara timur dan barat Turki adalah satu jam setengah, dan dalam selang masa ini, azan telah kedengaran memenuhi ruang bumi Turki.
Alexandria dan Tripoli (ibu Negara Libya) mempunyai beza masa satu jam. Dalam tempoh ini, laungan azan telah pun memenuhi seluruh pelusuk bumi Afrika.
Oleh yang demikian, laungan Tauhid dan Risalah yang bermula di Indonesia tiba di pantai barat Lautan Atlantik dalam tempoh sembilan jam setengah.
Ketika Azan Subuh tiba di pantai Atlantik, laungan Azan Zuhur telah pun bermula di timur Indonesia, dan sebelum ia tiba di Daka, Bangladesh, azan Asar telah pun bermula. Kemudian laungan tersebut (azan Asar) tiba di Jakarta satu jam setengah selepas itu. Tidak lama selepas tiba waktu Maghrib.di Sumatera,laungan azan Isyak pula berkumandang di Saibil !
Apabila bilal di Indonesia melaungkan azan Subuh, bilal di Afrika melaungkan azan Isyak.
Jika kita renungkan pada fenomena ini secara meluas, kita dapati fakta menakjubkan (yang selama ini tidak diambil berat pun) tiada terluang satu saat pun ruang muka bumi ini yang tidak berkumandang laungan azan. Ketika anda sedang membaca artikel ini, seseorang di sebuah kawasan sedang melaungkan kalimah Tauhid dan Risalah di bumi ini.
Allahu Akbar..
Post a Comment